Skip to main content

Muqoddimah

Assalamualaikum WBT,

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada para pembaca.

Blog ini adalah sebuah medium atau wadah yang berfokus untuk menghimpunkan para penulis atau karyawan yang mahu berkongsi karya seni mereka tentang pelbagai aspek sebagai suatu panduan, diskusi mahupun buah fikiran bertujuan memberi manfaat kepada satu sama lain.

Rasulullah SAW dalam hal ini bersabda, "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (H.R. Bukhari).

Di zaman milenium ini, sudah banyak sekali platform-platform yang menyediakan tempat untuk meluahkan akal fikiran seperti Facebook terutamanya, namun, blog ini diwujudkan secara khusus bagi mengumpulkan karya-karya seni dan penulisan-penulisan ilmiah di satu tempat dan diklasifikasikan mengikut penulis dan tema penulisan mereka bagi memudahkan para pembaca mengambil manfaat daripada mereka.

Blog ini juga sebagai satu platform bagi peminat-peminat seni mengekspresikan buah fikiran mereka dalam pelbagai bentuk seperti cerpen, novel, drama, esei ilmiah, sajak, syair, pantun dan sebagainya. Semoga dengan usaha kecil ini dapat menyumbangkan kebaikan buat ummah umumnya dan khususnya buat diri kita masing-masing.

Bagi para pembaca yang berminat untuk sertai komuniti ini sebagai penulis, sangat dialu-alukan untuk menghubungi admin.

Sekian saja, jazakumullah khairal jaza'.




Comments