Skip to main content

Posts

Muqoddimah

Recent posts

A K U

Di selak satu persatu Lembaran waktu yang lalu Gembira, yakin dan maju Tak pernah sekali pun putus harap melulu Dulu Bercita hebat penuh metafora impi Tak gentar badai walau seinci Terus maju tanpa peduli Lalu  Di sapa rindu Tuhan Dipanggil kembali dengan ujian Dewasa ku telah tiba... Ya,  Tuhan mendewasakan aku dengan ujian Terduduk rasa tanpa bicara Sujudku terasa tak punya apa Hamba paling hina hanya penuh dosa Begitulah Tuhan Mengembalikan fitrahku dengan sentuhan  Dan aku  Didewasakan oleh masa. #healing #peritlalupergi #merpati

B A N G K I T

Mentari terbit, tak membuatkan mimpi terhenti,  sekadar menyedarkan malam sudah bertukar siang.  . . . Adakalanya, kehidupan kita tak seperti yang kita impikan, yang pasti ianya beredar sesuai kehendak Tuhan yang memegang perjalananya.  . . . Jika mahu bintang lalui dahulu awannya. Jika mahu mutiara, selam dahulu dala lautannya, jika mahu bahagia ,jalani dulu ujian dunia.  . . . Jangan rungsing dengan kehidupan dunia, sekadar menjalani fitrah tanpa berduka bagai tiada ruang dan masa. Ini dunia, tiada yang pasti, melainkan fana semata semuanya. Semuanya sementara.  . . 🐸🌸🌸🌸

T A B A H

Lihat pada dunia, Apa sahaja isinya. Lihat pada laut.  Apa sahaja didalamnya. Lihat pada awan, Apa sahaja yg terkandung padanya. Lihat pada hati,  Apa sahaja kekuatannya.  Tenang dan tabah.  Ini permainan dunia. Akhirat itu semakin kita merangkak kepadanya,  Semakin ia berlari mengejar kita. Pada laut, ada haiwan yg perlu dijaga. Pada pohon ada akar yg perlu dibaja, Pada manusia ada hati yg perlu dipelihara. Ciptalah sebanyak mungkin kebaikan. Lupakan sehabis mungkin kesakitan. Agar kau mampu tersenyum dihadapan Tuhan.  Dari tangan kanan, buku amalan disampaikan,  Dari syurga telah kau dapati lambaian. Jadikan ia sebuah kenyataan,  Bukan sekadar mainan sebuah impian. Terus tabah!

ku layangkan syukur🕊️#1

Hujan yang turun Kadang kita tangiskan  Kadang kita kesalkan Kadang kita soalkan Sedangkan  Ada makhluk yang terbahagiakan Ada pepohon hijau yang memanjatkan Ada pepasir yang dahagakan Kerana turunnya hujan...  Rintik yang turun Kita syukurkan Metafora alam tanda kebesaran  Bila dihayatkan dalam perasaan Terasa beban ditaruh walau seketika Terasa alam menikmati sama Rasa apa yang dirasakan Tuhan Angkatlah segala beban Ringankan segala kesusahan Pimpinlah menuju jalan.  Jangan kau palingkan dari rahmat-Mu, Tuhan.  ---------------------------------------------------------- Kadang terleka, terbuai melebihi kehendak sedangkan Tuhan mengkehendakkan yang lebih baik yang menjadi kesayangan.  ................................................................ Insan biasa yang cuma  menumpang nama  @merpatiputih. 🕊️

Anak Kecil Mendewasa #2

Dibila malam tiba, Aram temaram menyelamkan rasa, Limunkan segala kusut yang masih tersisa, Mungkin ini juga hadiah Tuhan buat hambaNya, Untuk selamatkan benak di celah gedung antariksa, Melepas satu cita yang harus pamit dari buana.   Tak mengapa, Esok mentari akan munculkan diri, Anak kecil itu akan tetap mendewasa, Selagi Tuhan menuntun kaki, Dan demi Dia juga, Anak kecil itu pasti sembuh kembali.   -Psylar, 2021

Anak Kecil Mendewasa #1

Anak kecil itu dulu bersengkang mata, Dalam kesuraman cahaya, Diselaknya helaian setiap satu, Meleburkan kusut di benak hati, Kedana muram yang meragut waktu, Yang pasti dirindunya kini.   Demi Tuhan, Ini detik yang paling membingungkan. Jasad seakan disedut masa, Dipaksa mendewasa bukanlah ringan, Sekala bahuku lucut menaggung duka, Menjilat rakus ketakutan raga, Mereka tahu aku tak punya upaya.   Namun aku pasti, Bukanlah Tuhan menyisihkan hati yang mencari, Mungkin itu cara Tuhan mendewasakan jiwa, Mungkin suram dan muram memang bersahabat yang menua. Psylar, 2021

M E M P E R S O N A

  M E M P E R S O N A Bayu yang ku sangka pupus rupanya sentiasa disisi, Aku hargai setiap detik yang kamu isi, Tidak terbayar peluh mu yang mencium bumi, Tidak tertanding pengorbanan mu setinggi panji, Pinta ku pada yang Maha mengasihi, Kabulkan setiap bisikan mu di malam sunyi. Namun terima kasih sahaja yang aku mampu saji, dan bukan hati. Jabbar -

Ku Layangkan Syukur

 Bila waktu berlalu,pasti ada pelajaran baru.  'Tak penat?  . . . 'Pernah rasa kecewa, lelah dan payah? '. -------------------------------------------------------------------------- Kadang,  Tak terjawab soalan dengan jawapan, tapi berjawab soalan dengan soalan. Baru tersentak kenapa hari hari berjuang dan berusaha untuk terus dan terus lagi.  . . . Setandingkah harga sebuah jawaban doa dengan khidmat yang kita kerjakan?  . Ada masa tak terungkap rasa ,tak terluah kata, tak terlisan bicara, sekadar mampu ungkap dalam jiwa, kau harus kuat seperti biasa. Kadang, saja biar diri penat, biar lupa seketika segala rasa.  . . . Lelah itu biasa, yang utama kemana arah tujuan itu agar tak sia sia penatnya. Jangan biar rasa hati kosong ,sedang yang membezakan sia-sia dengan bermakna itu cuma niat yang disangka kecil tapi luar biasa.  . . . Entah, otak ter'menghayati' lagu let her go.  Only know you've been high when you're feeling low Only hate the road when you're

Arahku

   Arahku, Termenungku berfikir sendiri, segalanya sudah Allah beri, namun ada saja yang aku impi, seakan nikmat tidak mencukupi, apakah ini namanya pentingkan diri? Lalu persoalan demi persoalan, mengacau fikiran meminta jawapan, wahai Tuhan, apakah kehidupan pegun berkisar ketetapan, hanya berjalan sepanjang penentuan, tanpa perlu kupunya impian? Sedang menunggu jawapan berbicara, seakan menunggu bulan jatuh ke riba, bisik hatiku tanpa suara, kau kan hamba Tuhan Yang Esa, mengapa tidak hayati kalam-Nya, Surah Ar-Ra'd ada firman-Nya, sebagai manusia, ada pilihannya, di sebalik takdir-Nya. "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" - Surah Ar-Ra'd 13:11-

Taubat #3

  Dengan nama Allah, aku menulis. *** “Apa kau ingat kau boleh tudingkan kesalahan pada beta, Syafie?” Sultan Yassir bangkit daripada kerusi kemegahannya. Tongkat emas separa pinggang diacu tepat ke arah lelaki di hadapannya. Riak wajah Sultan Yassir bengis. Titahnya gagal disempurnakan Jundi Majhul. Hanya ketua kumpulan Saif Sittah saja yang muncul di istananya pada malam itu, bahkan itupun dengan kehendak dirinya sendiri untuk berhadapan dengan Sultan. Sedari tadi dia hanya berdiam tanpa bicara sambil matanya tajam menatap Sultan. Nafasnya kemengahan. Jubah kelabunya pula kelihatan tercarik-carik di serata tempat beserta tompokan warna merah pekat. Tangan kirinya menekup luka hirisan pedang di lengan kanan yang kejap memegang Zulfakar. Di hadapannya terbujur kaku jasad Khatir yang pengsan tak bermaya. Nyata usaha untuk menewaskan kesemua Jundi Majhul tanpa perlu adanya kehilangan nyawa memakan dirinya sendiri. Separuh mati segala kemahiran seni pertempuran gabungan elak-serang dikera

Taubat #2

 Dengan nama Allah, aku menulis. *** Pedang sumbing milik si sahabat ditatap hiba. Setelah dibersihkan daripada kesan-kesan darah, ianya kelihatan berkilau apabila memantulkan sinaran redup matahari petang. Sungguh banyak sejarah yang terakam sepanjang hayat pedang itu yang hanya menanti masa untuk patah. Yang ajaibnya biarpun sebegitu keadaannya, hampir jutaan manusia menjadi mangsa dek keganasannya. Dikatakan, pedang itu merupakan warisan daripada seorang pendekar lagenda dahulu yang digelar Pendekar Berdosa. Namun, kesahihannya hanya diketahui oleh pemilik pedang. Bahkan dia sendiri tidak tahu asal usul pedang itu yang menjadi rahsia sang sahabat. Ghazali. Seketika matanya beralih kepada sebuah tikar jerami yang bergulung yang tersandar di sudut rumah kayu. Di bahagian gulungan atas tikar tersebut menampakkan dua hulu pemegang pedang yang lain. Salah satunya mempunyai kepala naga yang kecil dan yang satu lagi mempunyai segi tiga di pangkal pemegang. Melihatkan kedua-dua pedang terse

Taubat #1

 Dengan nama Allah, aku menulis. Moga menjadi wasilah untuk kami lebih dekat denganMu. ////////////////////////////////////////////////////////////// Langit seakan merah. Debu² halus berterbangan meliputi angin hangat. Tidak kelihatan matahari, namun teriknya terasa membakar kulit yang sudah sedia perit dengan luka². Bertebaran jasad² pejuang yang mati dengan matlamat dan misi masing². Padang pasir yang tandus basah disimbahi darah merah. Di tengah medan pertempuran, seorang lelaki berjubah hitam belah tepi sedang terlutut sambil menampung badannya daripada tumbang dengan memegang sebilah pedang sumbing yang dipacakkan ke tanah. Di hadapannya, wujud seorang lelaki berjubah kelabu kusam tegak berdiri. Tangan kirinya kemas disematkan ke belakang pinggang sebaliknya pula tangan kanannya kejap menghunus pedang bermata dua tepat di leher lelaki berjubah hitam tersebut. Di belakang lelaki berjubah kelabu itu pula kelihatan sekumpulan kecil saki baki tentera yang tinggal daripada menjadi mang

Adat : Adakah Suatu Kepentingan?

Adat : Adakah Suatu Kepentingan? Menurut Ilmu Sosiologi, budaya merupakan salah satu unsur penting dalam memahami sesebuah masyarakat. Budaya juga didefinisikan oleh E. Taylor sebagai “sistem kompleks yang mencakup pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat dan kemampuan-kemampuan yang lain yang boleh didapatkan oleh manusia sebagai anggota masyarakat”. Pendefinisian ini secara langsung menyebutkan adat sebagai salah satu perbahasan yang membentuk budaya sesuatu masyarakat. Definisi adat menurut Kamus Dewan ialah “peraturan yang sudah diamalkan secara turun-temurun sejak dahulu kala dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi”. Apabila disebutkan tentang hukum dan peraturan maka ianya sinonim dengan agama ataupun syariat. Agama pula diertikan oleh Dr. Darraz sebagai “ketentuan Tuhan yang memandu kepada kebenaran pada kepercayaan dan kepada kebaikan pada tingkah laku dan muamalat”. Secara

Solat #2

 Abah mendakapku erat. Kehangatan tubuh itu tiba-tiba mendatangkan kerinduanku pada seseorang. Terasa hiba dan pilu menguasai suasana. Seseorang yg sudah lama tidak mendakap aku seerat seperti itu. Ayah. "Terima kasih mus, kerana sudi jadi anak pak cik." Suara Abah yg garau itu diiringi esak. Aku dan Safwa selamat diijab qabulkan oleh Abah sendiri. Hanya berbekalkan mahar dan mas kahwin seperangkat solat dan bacaan yassin riwayat Warsy. Empat tahun lepas sebelum berangkat ke Jordan, aku pernah berjanji dengan Safwa untuk memdengarkannya bacaan Al-Quran dengan riwayat Warsy kerana dia sangat minat dengan keunikan bacaan Warsy daripada Hafs setelah aku memahirinya. Sekalipun mungkin Safwa tidak mendengar bacaanku tadi, paling kurang pun aku sudah melunasi janji padanya. "Terima kasih juga pak cik, kerana sudi simpankan Safwa untuk saya". Air hangat deras keluar dari mataku. Semakin erat aku membalas dakapan Abah. Aku perlu tetap kuat. Aku tidak boleh meraung ataupun b

Solat #1

 Rukuk. Sujud. Tak pernah aku mengerti apa ertinya perbuatan itu. Perbuatan yang diulang beberapa kali dalam satu kitaran lengkap yang disebut sebagai rakaat. Lima kali sehari, bahkan ada sesetengah muslim yang melakukannya lebih daripada biasa. Mungkinkah ia hanya ritual, sama seperti kebiasaan ritual agama lain? Atau ia hanya suruhan atau paksaan dari Tuhan semata-mata? Atau ia hanya amalan peninggalan Utusan Terakhir umat manusia? "Apa ertinya menjadi hamba, jika tidak mengabdikan diri kepada Pencipta?" Sentapan pertama yang membawa makna. Di kala aku memulai perjalanan 'mencari' Dia. Makna pertama di sebalik rukuk sujud yang misteri. Pengabdian. //////////////////////////////////////// Cordova. Saat itu aku dijemput hadir ke 'rumah' seorang atuk tua. Sempena cuti musim panas yang baru bermula usai exam semester, Sepanyol merupakan tempat pertama 'mangsa' holiday ku. "Ustaz dari mana?" Tersentak aku dibuatnya. Atuk tua ini fasih berbahasa