Skip to main content

ku layangkan syukur🕊️#1

Hujan yang turun
Kadang kita tangiskan 
Kadang kita kesalkan
Kadang kita soalkan

Sedangkan 
Ada makhluk yang terbahagiakan
Ada pepohon hijau yang memanjatkan
Ada pepasir yang dahagakan

Kerana turunnya hujan... 

Rintik yang turun
Kita syukurkan
Metafora alam tanda kebesaran 
Bila dihayatkan dalam perasaan
Terasa beban ditaruh walau seketika
Terasa alam menikmati sama
Rasa apa yang dirasakan

Tuhan
Angkatlah segala beban
Ringankan segala kesusahan
Pimpinlah menuju jalan. 

Jangan kau palingkan dari rahmat-Mu, Tuhan. 
----------------------------------------------------------

Kadang terleka, terbuai melebihi kehendak sedangkan Tuhan mengkehendakkan yang lebih baik yang menjadi kesayangan. 

................................................................

Insan biasa yang cuma 
menumpang nama 
@merpatiputih. 🕊️

Comments