Hujan yang turun Kadang kita tangiskan Kadang kita kesalkan Kadang kita soalkan Sedangkan Ada makhluk yang terbahagiakan Ada pepohon hijau yang memanjatkan Ada pepasir yang dahagakan Kerana turunnya hujan... Rintik yang turun Kita syukurkan Metafora alam tanda kebesaran Bila dihayatkan dalam perasaan Terasa beban ditaruh walau seketika Terasa alam menikmati sama Rasa apa yang dirasakan Tuhan Angkatlah segala beban Ringankan segala kesusahan Pimpinlah menuju jalan. Jangan kau palingkan dari rahmat-Mu, Tuhan. ---------------------------------------------------------- Kadang terleka, terbuai melebihi kehendak sedangkan Tuhan mengkehendakkan yang lebih baik yang menjadi kesayangan. ................................................................ Insan biasa yang cuma menumpang nama @merpatiputih. 🕊️
"Biarkan pena mengharmonikan dunia, biarkan seni membangkitkan jiwa."