Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sang Musafir

Arahku

   Arahku, Termenungku berfikir sendiri, segalanya sudah Allah beri, namun ada saja yang aku impi, seakan nikmat tidak mencukupi, apakah ini namanya pentingkan diri? Lalu persoalan demi persoalan, mengacau fikiran meminta jawapan, wahai Tuhan, apakah kehidupan pegun berkisar ketetapan, hanya berjalan sepanjang penentuan, tanpa perlu kupunya impian? Sedang menunggu jawapan berbicara, seakan menunggu bulan jatuh ke riba, bisik hatiku tanpa suara, kau kan hamba Tuhan Yang Esa, mengapa tidak hayati kalam-Nya, Surah Ar-Ra'd ada firman-Nya, sebagai manusia, ada pilihannya, di sebalik takdir-Nya. "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" - Surah Ar-Ra'd 13:11-

Taubat #3

  Dengan nama Allah, aku menulis. *** “Apa kau ingat kau boleh tudingkan kesalahan pada beta, Syafie?” Sultan Yassir bangkit daripada kerusi kemegahannya. Tongkat emas separa pinggang diacu tepat ke arah lelaki di hadapannya. Riak wajah Sultan Yassir bengis. Titahnya gagal disempurnakan Jundi Majhul. Hanya ketua kumpulan Saif Sittah saja yang muncul di istananya pada malam itu, bahkan itupun dengan kehendak dirinya sendiri untuk berhadapan dengan Sultan. Sedari tadi dia hanya berdiam tanpa bicara sambil matanya tajam menatap Sultan. Nafasnya kemengahan. Jubah kelabunya pula kelihatan tercarik-carik di serata tempat beserta tompokan warna merah pekat. Tangan kirinya menekup luka hirisan pedang di lengan kanan yang kejap memegang Zulfakar. Di hadapannya terbujur kaku jasad Khatir yang pengsan tak bermaya. Nyata usaha untuk menewaskan kesemua Jundi Majhul tanpa perlu adanya kehilangan nyawa memakan dirinya sendiri. Separuh mati segala kemahiran seni pertempuran gabungan elak-serang dikera

Taubat #2

 Dengan nama Allah, aku menulis. *** Pedang sumbing milik si sahabat ditatap hiba. Setelah dibersihkan daripada kesan-kesan darah, ianya kelihatan berkilau apabila memantulkan sinaran redup matahari petang. Sungguh banyak sejarah yang terakam sepanjang hayat pedang itu yang hanya menanti masa untuk patah. Yang ajaibnya biarpun sebegitu keadaannya, hampir jutaan manusia menjadi mangsa dek keganasannya. Dikatakan, pedang itu merupakan warisan daripada seorang pendekar lagenda dahulu yang digelar Pendekar Berdosa. Namun, kesahihannya hanya diketahui oleh pemilik pedang. Bahkan dia sendiri tidak tahu asal usul pedang itu yang menjadi rahsia sang sahabat. Ghazali. Seketika matanya beralih kepada sebuah tikar jerami yang bergulung yang tersandar di sudut rumah kayu. Di bahagian gulungan atas tikar tersebut menampakkan dua hulu pemegang pedang yang lain. Salah satunya mempunyai kepala naga yang kecil dan yang satu lagi mempunyai segi tiga di pangkal pemegang. Melihatkan kedua-dua pedang terse

Taubat #1

 Dengan nama Allah, aku menulis. Moga menjadi wasilah untuk kami lebih dekat denganMu. ////////////////////////////////////////////////////////////// Langit seakan merah. Debu² halus berterbangan meliputi angin hangat. Tidak kelihatan matahari, namun teriknya terasa membakar kulit yang sudah sedia perit dengan luka². Bertebaran jasad² pejuang yang mati dengan matlamat dan misi masing². Padang pasir yang tandus basah disimbahi darah merah. Di tengah medan pertempuran, seorang lelaki berjubah hitam belah tepi sedang terlutut sambil menampung badannya daripada tumbang dengan memegang sebilah pedang sumbing yang dipacakkan ke tanah. Di hadapannya, wujud seorang lelaki berjubah kelabu kusam tegak berdiri. Tangan kirinya kemas disematkan ke belakang pinggang sebaliknya pula tangan kanannya kejap menghunus pedang bermata dua tepat di leher lelaki berjubah hitam tersebut. Di belakang lelaki berjubah kelabu itu pula kelihatan sekumpulan kecil saki baki tentera yang tinggal daripada menjadi mang

Solat #2

 Abah mendakapku erat. Kehangatan tubuh itu tiba-tiba mendatangkan kerinduanku pada seseorang. Terasa hiba dan pilu menguasai suasana. Seseorang yg sudah lama tidak mendakap aku seerat seperti itu. Ayah. "Terima kasih mus, kerana sudi jadi anak pak cik." Suara Abah yg garau itu diiringi esak. Aku dan Safwa selamat diijab qabulkan oleh Abah sendiri. Hanya berbekalkan mahar dan mas kahwin seperangkat solat dan bacaan yassin riwayat Warsy. Empat tahun lepas sebelum berangkat ke Jordan, aku pernah berjanji dengan Safwa untuk memdengarkannya bacaan Al-Quran dengan riwayat Warsy kerana dia sangat minat dengan keunikan bacaan Warsy daripada Hafs setelah aku memahirinya. Sekalipun mungkin Safwa tidak mendengar bacaanku tadi, paling kurang pun aku sudah melunasi janji padanya. "Terima kasih juga pak cik, kerana sudi simpankan Safwa untuk saya". Air hangat deras keluar dari mataku. Semakin erat aku membalas dakapan Abah. Aku perlu tetap kuat. Aku tidak boleh meraung ataupun b

Solat #1

 Rukuk. Sujud. Tak pernah aku mengerti apa ertinya perbuatan itu. Perbuatan yang diulang beberapa kali dalam satu kitaran lengkap yang disebut sebagai rakaat. Lima kali sehari, bahkan ada sesetengah muslim yang melakukannya lebih daripada biasa. Mungkinkah ia hanya ritual, sama seperti kebiasaan ritual agama lain? Atau ia hanya suruhan atau paksaan dari Tuhan semata-mata? Atau ia hanya amalan peninggalan Utusan Terakhir umat manusia? "Apa ertinya menjadi hamba, jika tidak mengabdikan diri kepada Pencipta?" Sentapan pertama yang membawa makna. Di kala aku memulai perjalanan 'mencari' Dia. Makna pertama di sebalik rukuk sujud yang misteri. Pengabdian. //////////////////////////////////////// Cordova. Saat itu aku dijemput hadir ke 'rumah' seorang atuk tua. Sempena cuti musim panas yang baru bermula usai exam semester, Sepanyol merupakan tempat pertama 'mangsa' holiday ku. "Ustaz dari mana?" Tersentak aku dibuatnya. Atuk tua ini fasih berbahasa