Skip to main content

Solat #2

 Abah mendakapku erat. Kehangatan tubuh itu tiba-tiba mendatangkan kerinduanku pada seseorang. Terasa hiba dan pilu menguasai suasana. Seseorang yg sudah lama tidak mendakap aku seerat seperti itu. Ayah.

"Terima kasih mus, kerana sudi jadi anak pak cik." Suara Abah yg garau itu diiringi esak.

Aku dan Safwa selamat diijab qabulkan oleh Abah sendiri. Hanya berbekalkan mahar dan mas kahwin seperangkat solat dan bacaan yassin riwayat Warsy. Empat tahun lepas sebelum berangkat ke Jordan, aku pernah berjanji dengan Safwa untuk memdengarkannya bacaan Al-Quran dengan riwayat Warsy kerana dia sangat minat dengan keunikan bacaan Warsy daripada Hafs setelah aku memahirinya.

Sekalipun mungkin Safwa tidak mendengar bacaanku tadi, paling kurang pun aku sudah melunasi janji padanya.

"Terima kasih juga pak cik, kerana sudi simpankan Safwa untuk saya".

Air hangat deras keluar dari mataku. Semakin erat aku membalas dakapan Abah. Aku perlu tetap kuat. Aku tidak boleh meraung ataupun berteriak ketika ini walaupun itulah yg paling ingin lakukan saat ini. Orang tua Safwa sedang sangat berduka, aku perlu kuat dan menguatkan mereka.

"Pergilah bual-bual dengan Safwa", bicara Abah sambil menatapku dengan senyuman pilu. Kemudian dia membawa Mak dan ibuku beredar dari bilik tersebut.

Aku menapak perlahan mendekati insan yg sedang terlantar tenat itu. Wajah sakitnya terlihat berseri sekali. Wajah yang cukup aku rindukan selama ini yang selalu muncul dalam doa-doaku. Kini aku mampu untuk lebih mendekatinya, mencintainya dan menyayanginya dengan cara yang halal.

"Assalamualaikum Safwa, awak sihat?"

Kepalaku tertunduk daripada melihat Safwa. Air hangat semakin deras dan tegar mengalir. Bahuku terhincut-hincut menahan esakan. Soalan itulah yang ingin sekali aku tanyakan pada dia selama 4 tahun ini. Soalan yang tersangat simple, tetapi tak mampu aku luahkan sebelum tiba waktunya.

Aku capai tangan kanan Safwa perlahan. Satu renjatan elektrik kecil terasa sewaktu menyentuhnya buat pertama kali. Kemudian aku genggam erat tangan itu.

"Lagi dua bulan saya final exam. Doakan saya ye."

Hanya bunyi mesin pembaca nadi saja yang berbunyi membalas bicaraku. Safwa masih menyepi seperti tadi.

"Awak mesti ok tau. Kalau tak, saya pun tak ok nanti."

Aku cuba berceloteh kosong untuk mendapatkan responnya. Mana tahu, mungkin keajaiban muncul waktu ini.

"If you are ok, i will be ok too. Right?"

Aku mengulangi ayat itu buat kesekian kalinya. Ayat yang boleh dikatakan sebagai ayat pujuk tatkala Safwa menyepi kerana sedang menghadapi masalah ataupun dia terasa hati denganku dahulu.

***

"Ustzah, im sorry."

Peti mesej simpanan aku buka sekali lagi. Masih tidak berbalas nampaknya mesej yang aku hantar hari itu.

Aduh. Kenapalah selalu sangat aku hilang kawalan diri ketika marah. Aku dah cuba kawal, tetapi masih ada yang jadi mangsa amarah diri ini. Terutama sekali, Safwa. Partner kerja persatuan aku. Entah macam mana aku boleh tertinggi suara dalam mesyuarat hanya kerana dia membalas mesej penting sahabatnya.

"I know its hard. But, sincerely im sorry. Nanti ana belanja ustzh snickers."

Setelah dua hari, aku hantar lagi mesej itu menuruti mesej dua hari lepas yang tidak berbalas. Kerja semakin bertimbun, mana mungkin aku mampu uruskan semua sekali tanpa Safwa.

"Sokay. Im ok ustz, dont worry."

Setelah tiga minit, mesej itu masuk. Fuh, lega sekali. Alhamdulillah. Ingatkan dah hilang atau pun tukar nombor orangnya.

"If you are ok, i will be ok. Jadi, jangan lah tak ok eh ustzh".

Aku menaip balas. Kerja banyak yang menanti untuk dibincangkan gamaknya.

"Marah ust dah ok? Ana tak nak kena marah lagi."

Mesej kali ni berbaur perli nampaknya. Sungguhpun begitu, memang sepatutnya aku yang bersalah.

"I will be ok if you are ok. Im sorry again eh."

Tiga minit berlalu. Entah kenapa setiap minit menjadi penantian apabila ianya berkisar tentang Safwa.

"Sokay ust. Snickers jangan lupa eh".

Hanya Allah saja yang tahu betapa leganya hatiku waktu itu. Otak yang serabut serta merta menjadi lapang. Aku mampu untuk tersengih lagi sendiri.

***

Aku tergelak kecil mengimbas kenangan itu. Bermula saat itu azam telah tertanam tanpa disedari untuk menjaga seorang Safwa bukan sekadar sebagai partner kerja, tetapi sebagai teman hidup. Kini azam itu telah diizinkan Allah.

Terima kasih Allah.

"Allah.."

Aku tersentak. Suara Safwa? Aku bingkas bangun dari kerusi. Mata Safwa masih terpejam lantas aku mendekatkan telinga ke bibirnya yang ditutupi alat pembantu pernafasan.

"Mus.."

Mataku membulat. Safwa membuka matanya perlahan. Aku sedang bermimpi kah? Mana mungkin orang yang sedang koma sedar secepat ini.

"Jangan sedih.. Allah ada.." suara halus kedengaran sayup menembusi ruang alat pembantu pernafasan tersebut.

"Allahuakbar.. Safwa Humaira..", aku tak mampu untuk berbicara lebih. Hanya itu yang mampu terlafaz saat ini.

Mata Safwa menatap lembut. Bibirnya tersenyum kecil.

"Mungkin masa Safwa dah sampai" bisik hati kecilku.

Aku sentuh perlahan kepalanya lalu aku kucup dahinya. Sungguh Tuhan, aku cukup gembira saat ini. Nikmat yang kau beri nyata takkan pernah terjangkau oleh fikiran manusia.

Mesin bacaan nadi mula berbunyi kuat dan cepat. Skrin mesin memaparkan gelombang yang semakin melebar dan rendah.

"Ibu! Pak cik! Mak cik! Safwa.." teriakku spontan.

Pandangan aku alihkan semula ke Safwa. Mata kami bertemu. Kalimah tauhid aku bisikkan di telinganya. Cukuplah kalimah itu menjadi permulaan langkah pertemuan dengan Tuhan.

"Pergilah duhai bidadariku, dikau milikNya."

Redhai kami ya Allah.


Comments