Skip to main content

T A B A H

Lihat pada dunia,
Apa sahaja isinya.
Lihat pada laut. 
Apa sahaja didalamnya.
Lihat pada awan,
Apa sahaja yg terkandung padanya.
Lihat pada hati, 
Apa sahaja kekuatannya. 

Tenang dan tabah. 
Ini permainan dunia.
Akhirat itu semakin kita merangkak kepadanya, 
Semakin ia berlari mengejar kita.

Pada laut, ada haiwan yg perlu dijaga.
Pada pohon ada akar yg perlu dibaja,
Pada manusia ada hati yg perlu dipelihara.

Ciptalah sebanyak mungkin kebaikan.
Lupakan sehabis mungkin kesakitan.
Agar kau mampu tersenyum dihadapan Tuhan. 
Dari tangan kanan, buku amalan disampaikan, 
Dari syurga telah kau dapati lambaian.
Jadikan ia sebuah kenyataan, 
Bukan sekadar mainan sebuah impian.

Terus tabah!

Comments